Rangsangan Motivasi Ketibaan Pelancong Asing Mengikut Kawasan ke Malaysia

Salleh, N. H. M., Idris, S. H., Shukor, M. S., Othman, R.

Abstract


Rangsangan motivasi perjalanan pelancong merupakan satu aspek penting dalam kajian literature pelancongan. Kajian ini menganalisis faktor motivasi tolakan dan tarikan berdasarkan sampel 200 responden daripada empat kawasan iaitu Asia Tenggara, Asia Barat, Eropah dan Amerika. Pemilihan empat region ini adalah disebabkan oleh beberapa alasan di mana, i) Pasaran Asia Tenggara merupakan pembekal utama ketibaan pelancong, ii) Pasaran Asia Barat pula menunjukkan peningkatan ketibaan yang tinggi kesan daripada insiden 11 September, iii) Pasaran Eropah dan Amerika adalah untuk mewakili pasaran dari negara maju. Analisis min digunakan dalam kajian ini untuk menerangkan kepentingan setiap faktor rangsangan motivasi pelancong. Analisis jurang (perbezaan antara min) bagi semua pemboleh ubah tolakan dan tarikan turut dilakukan. Setiap faktor ransangan diukur dengan item-item yang mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian rangsangan motivasi tolakan menunjukkan bahawa pemboleh ubah tolakan yang paling penting ialah untuk mengalami sesuatu yang berbeza. Manakala kesejahteraan dan keselamatan adalah pemboleh ubah terpenting untuk rangsangan motivasi tarikan. Bagaimanapun, hasil ujian perbandingan rangsangan motivasi pelancong adalah berbeza-beza mengikut kawasan. Dengan itu, kerajaan perlu menitikberatkan aspek kesejahteraan dan keselamatan serta menjadikan faktor-faktor lain hasil dapatan kajian ini sebagai panduan dalam membuat dasar berkaitan pelancongan. Hasil kerja ini dapat dijadikan panduan kepada pembuat dasar dalam mengetahui perkara sebenar yang meransang ketibaan pelancong ke Malaysia dan seterusnya memperbaiki kelemahan fasiliti dan tarikan yang diperlukan oleh para pelancong.

 


Keywords


Analisis min; motivasi pelancongan; pelancongan di Malaysia

Full Text:

PDF

References


Ahmad Nazrin Aris Haji Anuar. 2008. Keberkesanan Program Bandar Selamat dari Persepsi Pelancong Singapura (Kajian Kes: Bandaraya Johor Bahru). Projek Sarjana Sains. Universiti Teknologi Malaysia.

Andrew, L. & Gibson, H. 2003. Tourist Roles, Perceived Risk and International Tourism. Annals of Tourism Research. 30(3): 606–624.

Belen M. & Martin, G. 2005. Weather, Climate and Tourism: A Geographical Perspective. Annul of Tourism Research. 32: 571–591.

Bongkosh N. R. & Chakrabort, G. 2012. Perceptions of Importance and What Safety is Enough. Journal of Business Research. 65(1): 1–122.

Bramwell B. 1998. Selecting policy Intruments for Sustainable Tourism. In W.F Theobald (ed.) Global Tourism. 2: 361–79.

Cees Goossens. 2000. Tourism Information and Pleasure Motivation. Annals of Tourism Research. 27(2): 301–321.

Chung-Hung, T. & Cheng-Wu, C. 2010. An Earthquake Disaster Management Mechanism Based on Risk Assessment Information for the Tourism Industry-A Case Study from The Island of Taiwan. Tourism Management. 31(4): 470–48.

Dwyer, L., Forsyth, P. & Rao, P. 2000. Influence Price Competitiveness Destination Australia. Tourism Management. 21(1): 9–22.

Esther Martınez-Garciaa, & Josep Ma. Raya. 2008. Length of Stay for Low-Cost Tourism. Tourism Management. 2: 1064–1075.

George, R. 2003. Tourists’ Perceptions of Safety and Security while Visiting Cape Town. Tourism Management. 24(5): 575–585.

Hanafiah. M.H. 2010. Tourism Demand in Malaysia: A Cross-Sectional Pool Time-Series Analysis. International Journal of Trade, Economics and Finance. 1(2): 200–203.

Hanirah Mohamad Nur. 2007. Persepsi Pelancong Terhadap Aspek Keselamatan (Kajian Kes: Daerah Johor Bahru). Projek Sarjana Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Iso-Ahola, S. E. 1982. Toward Social Psychological Theory of Tourism Motivation: A rejoinder. Annuals of Tourism Research. 9(2): 256–261.

Juan L. Nicolau. & Francisco J. Más. 2005. Heckit Modelling of Tourist Expenditure: Evidence From Spain. International Journal of Service Industry Management. 16(3): 271–293.

Klaus De Albuquerque & Jerome Mcelroy. 1999. Tourism and Crime in The Caribbean. Annals of Tourism Research. 26(4): 968–984.

Lim, C. 2004. The Major Determinants of Korean Outbound Travel to Australia. Mathematic and Computers in Simulation. 64: 477–485.

Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia Ke-sepuluh 2011-2015. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Mathieson, A. & Geoffrey, W. 1982. Tourism: Economic, Physical and Social Impacts. New York: Longman House, Harlow.

Mohd. Ghazali Abdullah. 2009. Dasar Pelancongan Budaya. Jurnal ASWARA. 10: 225–253.

Oppermann, M. 2000. Tourism Destinations Loyalty. Journal of Travel Research. 39(11): 78–84.

Othman, R & Salleh, N.H.M. 2006. Tourism Determinants of the Asia and Pacific Market. International Journal of Management Studies. 13: 197–216.

Pearce, P. L. 1988. The Ulysses Factor. New York. Pergamon Press.

Pellinen, J. 2003. Making Price Decisions in Tourism Enterprises. International Journal of Hospitality Management. 22(2): 217–235.

Ranjit Kumar. 1999. Research Methodology A Step By Step for Beginners. Addison Wesley Longman Australia Pty Limited (publishers).

Sabine Kleinsasser & Udo Wagner. 2011. Price Endings and Tourism Consumers’ Price Perceptions. Journal of Retailing and Consumer Services. 18(1): 58–63.

Salleh, N. H. M. Othman, O & Ramachandran, S. 2007. Malaysia’s Tourism Demand from Selected Countries: The ARDL Approach to Co integration. International Journal of Economics and Management. 1(3): 345–363

Salleh, N. H. M., Sarmidi, T., Othman, O., Jaafar, A.H. & Raudha M. R. 2011. Kepuasan Dan Kesetiaan Pelancong Domestik terhadap Destinasi Pelancongan Pulau Kapas. Journal of Tropical Marine Ecosystem. 1(2011): 10–21.

Schmoll, G. A. 1977. Tourism Promotion. London: Tourism International Press.

Shuib, A. & Mohd Nor, N. A. 1989. Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia. Pertanika. 12(3): 425–432.

Sönmez, S. & Graefe. A. R. 1998. Influence of Terrorism Risk on Foreign Tourism Decisions. Annals of Tourism Research. 25(1): 112–144.

Toh, R. S., Habibullah, K., & Goh, I. 2004. Japanese Demand for Tourism in Singapore: A Cointegration Approach. Tourism Analysis. 10: 369–375.

Uysal, M. & Hagan, L. 1993. Motivations of Pleasure Travel and Tourism. in M. Khan, M. Olsen, & T. Var (Eds.), Encyclopedia of Hospitality and Tourism. New York: Van Nostrand Reinhold. 798–810.

Uysal, M. 1996. An Empirical Testing of the Push And Pull Factors of Tourist Motivations. Annals of Tourism Research. 21(4): 844–846.

WTO. 1991. International Conference on Youth Tourism: Final Report. Madrid: World Tourism Organization.




DOI: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v64.1581

Copyright © 2012 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Disclaimer : This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, Universiti Teknologi Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed: Mozilla Firefox 4.0 & Google Chrome at 1024 × 768 resolution.