Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja dan Stres Kerja Guru

Azlina Mohd. Kosnin, Sew Lee Tan

Abstract



Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu, kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index (JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensi–dimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut dicadangkan dalam artikel ini

Kata kunci: Personaliti; kepuasan kerja; stres kerja; guru; agreeableness; openness, conscientiousness, extraversion; neuroticism

This study was done to determine the personality traits of teachers as well as to investigate whether these traits influence job satisfaction and stress among teachers. Another aim was to determine the level of satisfaction and stress in teaching profession and the relationship between these two variables. As many as 225 teachers from 10 national secondary schools in Johor Bahru district were chosen randomly as respondents in this study. A quantitative research approach was adopted. The Big Five Inventory (BFI), Job Descriptive Index ( JDI), and Administrative Stress Index (ASI) instruments were used to measure the related variables. All items were asked in both English and Malay languages. The reliability levels of the JDI and ASI instruments were 0.91 and 0.84 respectively, while the reliability levels of the BFI subscales were between 0.73 and 0.80. This study found that the level of job satisfaction and stress amongst the respondents as a whole was at a moderate level. Significant negative relationship in job satisfaction and stress was found in this study. Significant relationships between certain dimensions of personality t and job satisfaction and stress were also found. Results are presented and discussed in detail and practical implications of the study are also suggested.

Key words: Personality; job satisfaction; occupational stress; teacher; agreeableness; openness; conscientiousness; extraversion; neuroticism

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v48.244

Copyright © 2012 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Disclaimer : This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, Universiti Teknologi Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed: Mozilla Firefox 4.0 & Google Chrome at 1024 × 768 resolution.