Kesan Pembelajaran Koperatif ke atas Pelajar Martikulasi Dalam Matapelajaran Matematik

Effandi Zakaria, Abd. Razak Habib

Abstract



Tujuan kajian eksperimental kuasi ini ialah untuk menentukan kesan pembelajaran koperatif ke atas kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran metakognitif, pencapaian Matematik, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah pelajar–pelajar matrikulasi. Kumpulan rawatan (n = 36) adalah kumpulan koperatif, manakala kumpulan kawalan (n = 34) menerima pengajaran secara tradisional. Bagi mengawal perbezaan pemboleh ubah–pemboleh ubah yang bergerak balas, ujian pra diberikan kepada kedua–dua kumpulan sebelum pengajaran. Selepas 17 minggu pengajaran, kedua–dua kumpulan diberikan ujian pos. Lima jenis alat kajian digunakan bagi mendapatkan data: Ujian penyelesaian masalah Matematik, ujian pencapaian Matematik, soal–selidik kesedaran metakognitif, soal–selidik sikap terhadap Matematik dan soal–selidik sikap terhadap penyelesaian masalah. Bagi menentukan perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan, data ujian pra dan ujian pos dianalisis dengan menggunakan analisis varian multivariat (MANOVA), diikuti dengan analisis varian univariat (ANOVA). Dapatan kajian daripada MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan secara keseluruhan yang signifikan memihak kepada kumpulan koperatif dalam kemahiran menyelesaikan masalah, pencapaian Matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Bagaimanapun, analisis ANOVA mendapati hanya pencapaian Matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah mempunyai perbezaan signifikan antara kumpulan koperatif dan tradisional. Hasil kajian menunjukkan pelajar dalam kelas pembelajaran koperatif mengatasi pelajar dalam kelas tradisional dalam ujian pos pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah. Saiz kesan adalah sederhana dan dengan itu, kesan rawatan adalah bermakna secara praktisnya.

Kata kunci: Pembelajaran koperatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran metakognitif, pencapaian Matematik, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah

The purpose of this quasi–experimental study was to determine the effects of cooperative learning on matriculation college students’ Mathematics achievement, attitude towards Mathematics, attitude towards problem solving, metacognitive awareness and problem solving skills. The treatment group (n = 36) was given a cooperative learning environment while the control group (n = 34) received instruction in a traditional learning environment. In order to control the differences in the dependent variables, a pre–test was administered. After 17 weeks of instruction, both groups were given a post–test. Five types of instruments were employed to collect the data: the problem solving test, the Mathematics achievement test, the metacognitive awareness instrument, the attitude towards Mathematics instrument and the attitude towards problem solving instrument. The pre-test and post–test data were analyzed using Multivariate Analysis of Variance (MANOVA), followed by univariate Analysis of Variance (ANOVA). The MANOVA results revealed the overall significant differences favouring the cooperative learning group in the areas of problem solving skills, Mathematics achievement, metacognitive awareness, attitude towards Mathematics and attitude towards problem solving. However, the ANOVA showed only Mathematics achievement and problem solving skills were found to be statistically significant. The results indicated that students in the cooperative learning class outperformed students in the traditional class on post test achievement and problem solving skills scores. The effect size was moderate and therefore practically meaningful.

Key words: Cooperative learning, Mathematics achievement, attitude towards Mathematics, attitude towards problem solving, metacognitive awareness and problem solving skills.

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v45.347

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright © 2012 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Disclaimer : This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, Universiti Teknologi Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed: Mozilla Firefox 4.0 & Google Chrome at 1024 × 768 resolution.