Pengurusan Sumber Fizikal IPT: Pengurusan Ruang

Ahmadfauzi Abdul Wahab

Abstract



Implikasi kos berkaitan sumber–sumber fizikal di dalam organisasi besar seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah sangat besar. Namun sehingga kini, kebanyakan pentadbiran IPT dan juga dari organisasi–organisasi sektor awam yang lain terutamanya dari negara Asia masih belum memahami peranan dan sumbangan sumber fizikal ini kepada organisasi mereka. Sumber fizikal ini merupakan aset yang berharga dan boleh menjanakan pendapatan organisasi sekiranya diuruskan dengan berkesan. Kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan terhadap pengoptimaan penggunaan makmal–makmal yang terdapat di IPTA–IPTA di negara kita. Sebanyak 154 makmal dari enam IPTA telah dikaji dan secara keseluruhannya penggunaan ruang tersebut adalah rendah. Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat memaklumkan pihak–pihak tertentu tentang kepentingan pengurusan sumber fizikal kepada organisasi mereka, sumber yang tidak dioptimakan dan sumber yang boleh membantu penjanaan kewangan mereka.

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v43.791

Copyright © 2012 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia.
Disclaimer : This website has been updated to the best of our knowledge to be accurate. However, Universiti Teknologi Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Best viewed: Mozilla Firefox 4.0 & Google Chrome at 1024 × 768 resolution.